26.8 C
George Town
Sunday, April 6, 2025

COVID-19: 1,220 kes baharu yang dilaporkan.

Mesti Baca

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan 1,220 kes COVID-19 baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 89,133 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes harian itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 14,671 kes setakat tengah hari tadi.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,214 kes.

Katanya, Selangor terus mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 368 kes atau 30.2 peratus daripada keseluruhan kes hari ini.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 247 kes atau 67.1 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti Kuala Lumpur yang melaporkan sebanyak 297 kes atau 24.3 peratus dan Sabah sebanyak 184 kes atau 15.1 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 135 kes atau 11.1 peratus kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Tembok (36 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (satu kes).

Beliau berkata, setakat tengah hari tadi, sebanyak 106 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM melaporkan sebanyak tiga kes kematian berkaitan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 432 kes atau 0.48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kematian ke-XMRHospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Mangsa mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik.

“KKM mencatatkan kematian seorang lelaki warganegara berusia 55 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung,” katanya.

Kematian ke-432 membabitkan seorang lelaki bukan warganegara yang berusia 81 tahun. Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Mangsa mempunyai latar belakang masalah kesihatan membabitkan penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung dan gout.

KKM turut merekodkan sebanyak 1,297 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 74,030 kes atau 83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan 89,133 kes jangkitan di negara ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham yang dihubungi, berkata saringan bersasar kepada kumpulan berisiko tinggi seperti pekerja warga asing di tapak binaan dan sektor perkilangan membantu mengurangkan jumlah jangkitan COVID-19 di negara ini.

Selain itu, beliau berkata, setiap rakyat di negara ini juga perlu bekerjasama dalam mematuhi nasihat KKM dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Kredit dari sumber Berita Harian Online.

- Advertisement -spot_img

Artikel-artikel lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -spot_img

Artikel Terbaru